-
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, Selasa - Lebih dari 30 orang pegawai serta kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan telah mengikuti kursus Bengkel Perancangan dan Pengurusan Organisasi Berjaya yang telah pun berlangsung di Bilik Seraya, Pusat Latihan, Kementerian Pembangunan dan berlangsung selama 2 hari bermula pada 19 hingga 20 April 2010 dan penyampainya ialah Awg Azizan Ariffin daripada 'Thinkpad Technologies'.

Kandungan kursus tersebut adalah menyentuh dengan cara-cara perancangan dan pengurusan sesuatu organisasi untuk berjaya. Ia juga menerangkan mengenai cabaran yang akan dihadapi dalam Era Globalisasi pada masa ini. Cara-cara mengenal pasti, serta mengiktiraf masalah dan serta kaedah penyelasaiannya dan mencari punca-puncanya.
-
Diterangkan juga pada kursus ini ialah cara serta teknik komunikasi dan pendengaran yang berkesan. Diselitkan jua bagaimana caranya kita akan menjadikan kerja itu sebagai ibadah, konsep serta syarat-syaratnya dan juga bagaimana hendak membina minda yang positiv. Cara-cara pengurusan stres, definasinya, bagaimana serta dari mana stres berpunca dan sebagainya.
-
Kursus ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang telahpun disediakan oleh penyampai, ini adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peserta tidak mengira pangkat masing-masing dan juga bagi mengurangkan stres yang dihadapi semasa berada diofis.
-
Tulisan : HRD
Gambar : Nordin Md Din
-
No comments:
Post a Comment