20 April 2010

Bengkel Perancangan dan Pengurusan Organisasi Berjaya [Sesi 2]

-
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, Selasa - Lebih dari 30 orang pegawai serta kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan telah mengikuti kursus Bengkel Perancangan dan Pengurusan Organisasi Berjaya yang telah pun berlangsung di Bilik Seraya, Pusat Latihan, Kementerian Pembangunan dan berlangsung selama 2 hari bermula pada 19 hingga 20 April 2010 dan penyampainya ialah Awg Azizan Ariffin daripada 'Thinkpad Technologies'.
-
Kandungan kursus tersebut adalah menyentuh dengan cara-cara perancangan dan pengurusan sesuatu organisasi untuk berjaya. Ia juga menerangkan mengenai cabaran yang akan dihadapi dalam Era Globalisasi pada masa ini. Cara-cara mengenal pasti, serta mengiktiraf masalah dan serta kaedah penyelasaiannya dan mencari punca-puncanya.
-
Diterangkan juga pada kursus ini ialah cara serta teknik komunikasi dan pendengaran yang berkesan. Diselitkan jua bagaimana caranya kita akan menjadikan kerja itu sebagai ibadah, konsep serta syarat-syaratnya dan juga bagaimana hendak membina minda yang positiv. Cara-cara pengurusan stres, definasinya, bagaimana serta dari mana stres berpunca dan sebagainya.
-
Kursus ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang telahpun disediakan oleh penyampai, ini adalah bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peserta tidak mengira pangkat masing-masing dan juga bagi mengurangkan stres yang dihadapi semasa berada diofis.
-
Tulisan : HRD
Gambar : Nordin Md Din
-



-
-












































---

18 April 2010

Kursus International Computer Driving License [ICDL]

-
Jaya Setia Square, Berakas, KHAMIS - Kursus International Computer Driving License [ICDL] telahpun diadakan di Infomars Technology Solutions Sdn Bhd, Jaya Setia Square, Berakas. Kursus yang diadakan selama 8 hari ini bermula pada 5 dan berakhir pada 14 April 2010.
-
Kursus ini telah dianjurkan sendiri oleh Kementerian Pembangunan dan peserta-peserta yang telah mengikutinya merupakan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan sendiri. Instructor pada kursus tersebut ialah Awg Khalil bin Ideris.
-
Semasa kursus ini peserta-peserta telah pun di ajarkan segalanya yg basic tentang komputer, seperti pengenalan Software, Hardware, penggunaan Internet, Networking, Microsoft Office dan juga sebagainya. Semua yang ditunjuk ajar merupakan kegunaan bagi peserta-peserta untuk pejabat serta kerja harian mereka.
-
Tulisan : HRD
Gambar : Md Wafie

-





































---